Posts

I AM BACK

 Hola! 😊 Lamanya menyepi dari dunia blogger ni. Tuptup come back dengan new baby girl. The 3rd princess of our family. Tapi panjang kisahnya nak lahirkan anak nan seorang itu. Dari seorang positif Covid-19 sampai lah satu famili Pokli and Mokleha semua positif. A bless in disguise i can say 😊 Nak tahu full story? Nanti kena cari masa and karang kronologi macam mana satu famili akhirnya positif Covid-19 😅 So stay tuned! See ya 😉

PKPB Bersambung Hingga Jun 2020

Image
PKPB bersambung hingga 9 Jun 2020. 4 minggu terus PM bagi. So no pergerakan rentas negeri balik kampung untuk beraya & no ziarah aidilfitri. Dari 1 sudut, bagus diteruskan PKPB ni sebab nak elakkan penyebaran serius Covid-19. Di samping elak wujudnya kluster baru di Malaysia. Mutasi strain yang wujud pun lebih parah & lebih ganas dari yang sedia ada. Aidilditri tetap datang walau apa jua keadaan. Sambutlah dalam cara kita tengah berperang dengan virus Covid-19. Yang pasti kita kena #kitajagakita untuk menang kerana sememangnya kita belum menang. Salam Ramadan 17/1441H/May/2020

Ramadan 14

Image
SELAMAT BERBUKA PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM 😍 . #14ramadan1441H #7mei2020 #pkpfasa4d9 #stayathome #stayhomestaysafe #socialdistancing #covid19 #cucitangan #pakaimask #handsanitizer

Dapur TIME

Image
Lama tinggalkan rumah lama la dapur tak berasap 😅. Dah banyak hari balik pun suami just tapau je lauk & kuih-muih untuk berbuka. Alhamdulillah punyai suami yang sangat memahami & tak berkira. Nak-nak bab makan 👍🏻 So today mama masuk dapur prepare bahan-bahan asas untuk masak - cili kering blend & bawang blend. Barang dapur yang lain da shopping dah haritu. Mudah nak masak bila semua barang ada. Nak masak pun seronok gituuu 😍 Cadang hari ni nak buat MI KARI. Specially requested from encik hubby. So far sepanjang hidup tak pernah lagi buat mi kari. Harap-harap menjadi & cantik macam gambar kat bawah ni (gambar google je 😉) . #catatanramadan1441H #14ramadan1441H

Ramadan 1441H Dalam PKP

Assalamualaikum & morning 😍 Hari ni adalah hari ke-14 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas saya dah selamat kembali ke pangkuan suami tercinta (ewahh). Walaupun dalam Fasa 4 PKP tapi dengan kebenaran bertulis dari PDRM saya dibenarkan merentas negeri dari Terengganu ke Pahang. Aduh, lama betul tinggalkan home sweet home ni 😉. Bayangkanlah, kami balik ke kampung semasa cuti sekolah, then almost 2 bulan kemudian baru dapat balik. Seronok memang seronok, tapi tetap tak sama macam duduk di rumah sendiri. Lagi pun saya fikir, tak elok saya tinggalkan suami seorang lama-lama. Dengan puasa nya lagi kesian dia tak terjaga makan minum pakai semua. Mak saya? Mak lagi la bising. Kalau sebelum-sebelum ni pun mak memang tak ajar isteri tinggalkan sisi suami lama-lama. Walaupon dengan keizinan suami. Mak cakap ustaz cakap 'tak baik' biar suami keseorangan. Saya nak sambung bersahur pulak. Tadi makan epal separuh & kurma sebiji. Minum air kosong, makan nasi sesen

Salam Ramadan Al-Mubarak

Welcome To Blog Life Hai & Assalamualaikum ☺️ Ni adalah entry pertama saya dalam blog. Tak pernah ada blog sebelum ni. Masih berfikir lagi apa nak share dalam blog. Yang pasti today adalah hari ke-5 umat Islam berpuasa bagi tahun 2020/1441H. Dan saya masih lagi stuck di kampung bersama anak-anak. Kesian suami puasa & sahur sorang-sorang kat Bentong. Hope permohonan untuk kembali ke pangkuan suami diluluskan 😉 #pkpfasa3day13 #covid19 #5ramadan1441H