Ramadan 1441H Dalam PKP

Assalamualaikum & morning 😍
Hari ni adalah hari ke-14 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, hari Ahad yang lepas saya dah selamat kembali ke pangkuan suami tercinta (ewahh).
Walaupun dalam Fasa 4 PKP tapi dengan kebenaran bertulis dari PDRM saya dibenarkan merentas negeri dari Terengganu ke Pahang.
Aduh, lama betul tinggalkan home sweet home ni 😉.

Bayangkanlah, kami balik ke kampung semasa cuti sekolah, then almost 2 bulan kemudian baru dapat balik. Seronok memang seronok, tapi tetap tak sama macam duduk di rumah sendiri.

Lagi pun saya fikir, tak elok saya tinggalkan suami seorang lama-lama. Dengan puasa nya lagi kesian dia tak terjaga makan minum pakai semua.
Mak saya? Mak lagi la bising. Kalau sebelum-sebelum ni pun mak memang tak ajar isteri tinggalkan sisi suami lama-lama. Walaupon dengan keizinan suami. Mak cakap ustaz cakap 'tak baik' biar suami keseorangan.

Saya nak sambung bersahur pulak. Tadi makan epal separuh & kurma sebiji. Minum air kosong, makan nasi sesenduk lauk kerabu perut & pucuk paku. Telan sekali dengan supplement wajib - Vitamin C, Alfalfa & BComplex
Now saya nak minum ESP.

Have a nice puasa everyone 😍
Semoga puasa kita ini diterima Allah. Aamiinn ☺️

Comments

Popular posts from this blog

Salam Ramadan Al-Mubarak

Ramadan 14

I AM BACK